Thursday, October 22, 2009

Wednesday, October 14, 2009

kursus!kursus!kursus!

Assalamualaikum..
Hari ni dah minggu ketiga kursus bestari di Ipoh ni..Dan hari ni juga baru first time saya dan roomate Kak Azimah turun beriadah di gelanggang tenis di bawah Asrama Bahagian Teknologi Pendidikan yang tersergam serba indah ni.Indahlah sangat. Tapi memang cantik pun. Asrama ni dibahagikan kepada bilik-bilik setiap bilik memuatkan dua orang peserta.Ada dua katil + tilam, ada pemanas air, ada penghawa dingin, ada set televisyen. Semua lengkap. Cukup selesa untuk kursus selama sebulan. Bangunan tempat kuliah pun tak jauh, dalam masa 5 minit berjalan dah sampai. Sempat satu jam main tenis dan kayuh basikal. Ituvpun pinjam raket tenis Ijan dengan Nizam. Kalau tak memang tak berpeluh langsungla.

Hari ni hari ketiga belas cikgu-cikgu daerah manjung,kinta dan kuala kangsar yang bertuah untuk menyertai KOHOT 3 anjuran IPSAH di BTP ni. Hari dah faham sikit cara nak buat unit plan dan perancangan projek berasaskan PBL(Project Base Learning.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Semoga Allah permudahkan segala urusan semua peserta kursus pembestarian ini.Amin..

Thursday, October 8, 2009

Senario Pelajar Era Globalisasi..

Terkejut bila tengok dan baca berita semalam. Macam-macam hal sekarang. Zaman dulu pelajar langsung tak berani nak lawan cikgu langsung. Sekarang, pelajar dah berani angkat tangan dan buli cikgu-cikgu. Itulah akibat kecemerlangan dan didikan agama tidak diterapkan selari dengan arus kemodenan kini. Wallahualam

BERITA UTAMA

ARKIB : 08/10/2009
Pelajar bakar dewan peperiksaan sekolah
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR



JOHOR BAHRU 7 Okt. – Akibat tidak puas hati dengan pengurusan sekolah, terdapat pelajar yang sanggup membakar sebuah kelas yang dijadikan dewan peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 di sini awal pagi ini.
Perbuatan pelajar itu bukan sahaja mencemarkan imej sekolah, malah menyusahkan pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), bermula hari ini.
Berikutan itu, seramai 75 pelajar tingkatan tiga sekolah tersebut terpaksa menduduki peperiksaan hari pertama mereka di bilik kuarantin Influenza A (H1N1) di sekolah itu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan kebakaran itu akibat perbuatan khianat.
Katanya, ini kerana siasatan pihaknya mengesan bau bahan bakar yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
“Kami akan dapatkan bantuan forensik untuk menyiasat perkara ini. Polis bagaimanapun belum dapat mengesahkan berapa ramai pelajar yang terlibat dalam perbuatan khianat itu,” katanya di sini hari ini.
Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Markom Giran berkata, kebakaran kira-kira pukul 6 pagi itu melibatkan sebahagian kecil dewan tersebut termasuk peralatan pembelajaran.
Menurutnya, kejadian hanya disedari seorang pengawas peperiksaan yang datang ke sekolah pukul 6.25 pagi dan ketika itu api sudah hampir padam.
“Kami percaya kejadian ini perbuatan khianat segelintir pelajar yang tidak berpuas hati dengan pengurusan sekolah. Malah, guru tersebut ternampak kelibat seseorang melarikan diri dari tempat kejadian.
“Perkara ini sudah dilaporkan kepada pihak polis dan kerugian dianggarkan berjumlah sekitar RM20,000,” katanya selepas meninjau kesan kebakaran di sekolah itu hari ini.
Markom berkata, perbuatan seperti itu jelas menyalahi undang-undang dan ia tidak sepatutnya berlaku.
“Ini merupakan kejadian kedua di sekolah ini selepas yang pertama dua tahun lepas,” katanya.
Beliau turut menasihati pelajar supaya tidak sesekali melakukan perbuatan provokatif seperti itu kerana ia merupakan tindakan salah di sisi undang-undang selain menyusahkan orang ramai.
Sementara itu, menurut Markom, seramai 58,185 pelajar menduduki PMR di 473 pusat peperiksaan di seluruh negeri ini mulai hari ini.
Beliau berkata, setiap pelajar diambil suhu badan mereka sebelum dibenarkan menduduki peperiksaan dan turut dibekalkan dengan penutup hidung dan mulut.

Wednesday, October 7, 2009

Pening!Pening!Pening!

Aduh..Kursus ni memang agak mencabar bila masuk minggu kedua. Kadang-kadang ada benda yang ringkas tapi penerangan berbelit-belit jadi kepala pusing. Xtahu nak ke arah mana dah. Hermm pinggang dah mula sakit. Dah ada simptom-simptom stress. Tengkuk da kebas-kebas. Macam mana ni? Ni baru minggu kedua. Ada dua minggu lagi. Lepas tu ada lecturer yang datang observe kitaorang. Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...Kawan-kawan pun dah mula pening + serabut. Fuh! chaiyok! Chaiyok!!!!!!

Tuesday, October 6, 2009

Pembentangan Pembinaan Soalan Berdasarkan Kurikulum

7 Oktober 2009 tepat jam 8.43 minit pagi
Bilik Kuliah Satria Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan, Ipoh, Perak.

Kini masa yang dinantikan bagi pembentangan tugas yang telah aku lakukan pagi tadi sehingga jam tepat pukul 4.oo pagi. Bermaksud aku hanya sempat tidur dua jam setengah sahaja. Hati berdebar-debar takut nama diumumkan dalam sesi pembentangan ini. Hermm aduhai...Benar ke apa yang aku buat tadi tepat dan bertepatan dengan kehendak sebenar modul ini?

proses penyiapan kerja kursus

7 oktober 2009 tepat jam 3.28minit pagi..

Dah cuba lelapkan mata tapi tak boleh. Tadi dah rasa ngantuk sangat tapi bila minum air nescafe terus tak boleh tidur.Lalu aku bangun menyiapkan tugasan bestari yang ditugaskan kepada guru-guru bestari..Selsema melanda..Aduhai ngah sok sek sok sek menahan sakit, kepala pun dah mula berpusing 180 darjah.hermmm namun kugagahkan juga menyiapkan modul supaya esok tak susah-susah nak siapkan dalam bilik kuliah. Suasana diam..sunyi sangat..mengingatkan zaman belajar waktu sekolah. Aku selalu "stay-up" untuk belajar pada pertengahan malam. Masa ni memang kebanyakan subjek yang aku belajar memang cepat "catch-up".Alhamdulillah keputusan peperiksaanku membanggakan sehingga dapat melanjutkan pelajaran di IPT.Hermm berbalik kepada isu tugasan tadi, pening juga nak siapkan tugasan ni.Aku kena bina soalan berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran bagi pelajar tingkatan empat dan lima untuk mata pelajaran bahasa Melayu bagi melaksanakan satu sistem pengajaran berasaskan projek. Maksudnya pelajar-pelajar aku kena buat satu projek atau port folio untuk program pembestarian ni la. Lagi satu modul-modul ni tak berdasarkan kaedah konvensional dan penumpuan kepada guru sebagai pemberi maklumat sahaja.Program yang diselaraskan mestilah bertumpukan kepada pelajar. Guru hanya sebagai fasilitator, pembimbing dan pemudah cara sahaja. Mungkin ini salah satu cara untuk menjadikan pelajar-pelajar sekolah mempunyai daya pemikiran yang lebih kreatif dan kritis dalam sesi pengajaran dan pembelajaran selain menghapuskan sistem pembelajaran berasaskan peperiksaan sahaja di negara kita ni. Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar.Amin....Sambil-sambil siapkan blog ni buat juga tugasan ni..Mungkin mula-mula ni sahaja susah nak buat tapi bila dah jadi kebiasaan insyaAllah segala-galanya akan menjadi mudah. Semoga Allah permudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat.

assalamualaikum

Hari ni tanggal 6 oktober 2009 jam tepat 10.55 minit malam merupakan hari untuk aku menerokai alam blog ni.walaupun sebelum ni pernah mencuba.ntahla kenapa sekarang baru terasa teringin sangat nak buat blog ni dan mula aktif dalam penulisan blog.semua ni gara-gara datang ke kursus guru bestari selama sebulan di Bahagian Teknologi Pendidikan Ipoh.Ada perkara lucu yang terpaksa aku lalui semasa ke sini.Bayangkan sememangnya aku bukan berasal dari Perak dan baru dua tahun mengajar di Manjung. Aku ditugaskan untuk menjalani kursus di Ipoh. Kena pergi ke Tasek. Kebetulan tersalah baca alamat aku ingatkan di Maktab Kinta. Apa lagi hari pertama memang sesat la di bandar Ipoh. Kecoh satu sekolah dan satu tempat kursus sebab ahli kursus salah tempat dan sesat jalan.Memang aku tak tahu langsung jalan Ipoh ni. Semua gelak.Hermm tapi alhamdulillah aku selamat sampai ke tempat kursus wala upun pada hari kedua. Nak tahu sebab apa hari kedua baru sampai? ahahahaha sebabnya dah dua jam aku sesat di Ipoh terus aku ambil keputusan balik ke Manjung dan bertanyakan arah sebenar ke tempat kursus kepada rakan sejawatan ku. Hmm mata dah mula mengantuk, bantal bagai menyeru memanggil aku..aku tamatkan penulisanku disini. Esok jikalau berkesempatan kita akan bersua kembali..